Wednesday, August 10, 2011

ceritakan.

cerita yang diceritakan oleh pencerita yang bercerita mengenai cerita-cerita yang pernah diceritakan oleh pencerita yang bercerita sebelum cerita itu diceritakan oleh pencerita yang bercerita. tanpa cerita-cerita yang diceritakan maka cerita-cerita yang diceritakan bukanlah penceritaan pencerita yang bercerita tentang cerita yang diceritakan..

fahamilah...

Memahami fahaman yang difahami oleh seorang pemaham dengan pemahaman yang kefahamannya difahami oleh fahaman orang yang faham akan apa yang difahaminya, lantas kefahaman berunsurkan fahaman itu terus difahami oleh semua yang memahami apa yang difahami. difahamkan, memahamkan fahaman yang faham adalah sukar difahami kerana kefahaman yang tidak faham. faham?

Tekanlah...

Tekanan yang menekan penekan akan menekankan penekanan tekanan yang ditekankan penekan kepada yang tertekan. Biasanya penekan akan tertekan dengan tekanan yang menekankan mengenai tekanannya menekan penekan. Ditekan dengan tekanan yang menekan membuat penekan menekankan agar tekanan penekan yang tertekan ditekankan pada yang berpenekan. Setiap tekanan yang ditekan akan menekan semula penekan dengan tekanannya. Tertekan dengan tekanan yang ditekankan, lantas penekan menekan apa yang boleh ditekan. “Tekankan penekan pada alat tekanan, tekan tempat berpenekan.” Penekan terus tertekan dengan tekanan. Tertekan? Tekanlah...

Tuesday, August 9, 2011

Bicarakan

Berbicara ketika perbicaraan yang membicarakan tentang bicaraan yang terbicara ketika dibicarakan. Pembicara kemudiannya berbicara mengenai perbicaraan yang dibicarakan “berbicaralah wahai yang kena bicara, kerana perbicaraan ini membicarakan apa yang kamu bicarakan sebelum perbicaraan ini dibicarakan. Setiap bicara yang kamu bicarakan akan dibicarakan pembicara terhadap yang kena bicara.” Berbicara pula yang kena bicara “Pembicara membicarakan bicara yang dibicarakan dalam perbicaraan mengenai bicara yang membicarakan pembicara. Berbicara seperti pembicara akan memperbicarakan bicara pembicara. Bicara perbicaraan dibicarakan pembicara membicarakan bicaraannya.

Persoalannya?

Persoalan yang mempersoalkan soalan penyoal tetap akan disoal dengan soalan-soalan penyoal yang menyoal soalan mengenai soalan penyoal. Sekiranya soalan penyoal disoal dan dipersoalkan, adakah soalan penyoal menjadi persoalan yang dipersoalkan soalannya? Kenapa soalan yang mempersoalkan soalan penyoal disoal kepada penyoal yang mempersoalkan persoalan yang disoal? Soalan si penyoal juga disoalkan dan dipersoalkan. Lantas penyoal menimbulkan persoalan “Soalan yang disoal penyoal memberi persoalan kerana mempersoalkan soalan yang disoal dan menambah persoalan kepada soalan yang disoal. Wajarkah soalan yang disoal dipersoalkan soalannya? Apakah persoalan yang disoal menimbulkan persoalan yang boleh dipersoalkan? Adakah mempersoalkan soalan penyoal akan menyebabkan penyoal disoal dengan soalan yang akan mempersoalkan soalannya?” maka penyoal memberi soalan “soalan penyoal amat dipersoalkan dan menimbulkan persoalan antara soalannya, siapa yang menyoal akan dipersoalkan atau akan disoal? Soalannya, apa persoalannya?”

Kata-kata pengata

Maka telah dikatakan bahawa kata-kata pengata yang berkata-kata akan berkata tentang kata-kata si pengata yang mengatakan bahawa kata-katanya berkata-kata dengan kata-kata yang memperkatakan kata-kata si pengata yang berkata-kata dengan kata-kata yang berkata-kata. Katakanlah si pengata berkata. 
“Kata-kata pengata yang berkata-kata adalah kata-kata yang berkata tentang kata-kata memperkatakan perkataan si pengata yang berkata-kata. Tanpa kata-kata, pengata tidak dapat berkata-kata dengan kata-katanya” demikian kata-kata pengata yang berkata-kata berkata. 
Oleh itu, setiap perkataan kata-kata pengata itu terus berkata-kata dan memperkatakan tentang pengata yang pernah berkata-kata dengan kata-kata yang berkata-kata. Setiap kata, setiap kata-kata, setiap perkataan adalah kata-kata pengata yang berkata-kata mengenai kata-katanya, walaupun perkataan kata-katanya itu berkata-kata, dia tetap juga berkata. 
“Katakan kepada semua wahai kata-kata pengata yang berkata-kata, katakan kepada mereka tentang kata-kataku yang berkata mengenai kata-kata memperkatakan kata-kata pengata yang suka berkata-kata dengan kata-katanya. Semoga kata-kataku akan terus berkata-kata dengan kata-katanya. Aku akan terus berkata-kata dengan kata-kata yang berkata-kata”. 
Pengata meneruskan kata-katanya dan berkata lagi. 
“Aku berkata-kata, kata-kataku berkata-kata, setiap kata-kata memperkatakan kata-kataku akan terus berkata-kata dengan kata-katanya” 


Maka, dengan kata-kata itu, terhasillah KATA-KATA PENGATA YANG BERKATA-KATA.

Pendahuluan

Sejak dahulu lagi, pendahuluan didahulukan dalam mendahului yang terdahulu. Setiap pendahuluan yang didahulukan pasti mendahulukan pendahuluan dahulu. Terdahulu, pendahuluan dahulu adalah mendahului dan didahulukan dengan pendahuluan yang didahulukan. Untuk mendahului pendahuan terdahulu, pendahuluan akan didahului dengan mendahulukan apa yang sejak dahulu didahulukan. Maka pendahuluan terdahulu akan didahului pendahuluan dahulu.